Pandangan Jauh Gunung Kinabalu Di Sabah

Pandangan Jauh Gunung Kinabalu Di Sabah

Gunung Kinabalu Di Sabah

     Terbaru Sabah digemparkan dengan fenomena gempa bumi pada bulan enam 2015 berlarutan hingga ke bulan julai 2015. Perkara yang paling menyedihkan apabila struktur asal di puncak Gunung Kinabalu telah rosak apabila tempat punggul batu paling teratas dan tertinggi di puncak Gunung Kinabalu telah jatuh dan hancur berderai. Infak dari keadaan gempa bumi yang melanda Sabah, maka kesan paling hebat adalah kejadian gempa bumi di Gunung kinabalu yang terletak di Kundasang Ranau, Sabah.

Fenomena gempa bumi di Kundasang Ranau, mengakibatkan banyak kerosakan masa itu hingga bekalan air kepada masyarakat Kundasang Ranau atau di mana - mana kawasan di Ranau sangat terjejas berhari - hari. Dalam keadaan itu rakyat Sabah dan seluruh masyarakat Negara Malaysia mendoakan kesejahteraan Sabah dan kembali dari aman dan damai dari mala petaka seperti gempa bumi ini. Dan alhamdulillah Allah kembalikan keamanan di Sabah dengan beransur reda gegaran di Sabah. Untuk anda penulis letakkan satu gambar pemandangan Gunung Kinabalu ketika belum berlakunya runtuhan batu di puncak Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggan rakyat Sabah serta kebanggaan juga oleh rakyat Malaysia. Apa tah lagi Gunung Kinabalu ini merupakan satu mercu tanda yang menjadi daya tarikan pelancong dari negara luar untuk masuk ke Malaysia. Dan Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.

Pandangan dari jauh Gunung Kinabalu yang tersergam indah di Kundasang Ranau, Sabah.

Gambar disunting oleh: Azali
Tempat di ambil : Di kawasan Kg. Kinarasan, Ranau Tambunan
di tepi jalan menuju ke Daerah Ranau.

Share this:

Enter your email address to get update from Pesona Etuza.

1 ulasan

Panorama gunung sebelum gempa bumi di Sabah

Copyright © 2015. Klasik Alam Cinta Abadi - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger