Khazana Alam Kehijauan

Khazana Alam Kehijauan

Pesona Alam Kehijaun Yang Sangat Mendamaikan,

    Adakah anda memahami bahasa alam di sekeliling kita yang penuh dengan keajaiban yang sangat mempersonakan minda  serta mata yang memandangnya. Pernah kah anda rasakan kedamaian pepohon dedaunan bunga dan rerumput yang hijau melata di sekeliling anda. Jika anda tidak terbayang betapa indahnya panorama alam yang Allah ciptakan pastilah anda rugi kerana nikmat kehidupan yang terbaik ialah antaranya menghargai dan menikmati dengan penuh takjub keajaiban  alam antaranya memandang kehijauan yang menyegarkan mata kita.

Dedaunnan hijau ini amat segar di pagi hari. Amat perlu di lihat dan kemudian kita nyatakan bahawa keajiban ini adalah kurniaan Ilahi yakni Allah yang maha pengasih. Dia beri kan kita keindahan alam semulajadi yang 90 % berada dalam bentuk dan warna hijau. Tidak asing bagi kita apabila kita mendengar alam kehijauan yang merujuk kepada alam persekitaran yang penuh dengan keindahan pepohon hijau dan dedaunan yang hijau serta rerumput yang hijau.

Bayangkan apabila semua persekitaran kita warna lain seperti merah dan kuning, pasti kita lihat kegersangan yang mengerikan, kerana warna itu jika dilihat seolah kering dan panas. Maknanya kita hidup dalam keadaan yang merimaskan dan tidak menikmati kesegaran hijau di pagi hari. Sayangilah alam sekitar hargailah alam sekitar dan bersam-sama lah kita menjaga alam sekitar yang penuh kehijauan ini.

Lihat tiga gambar dari pepohin bunga yang sama
dicelahnya terdapat kuntuman bunga berwarna merah lembut
di pandang yang cantik dan dilihat




Ihsan Gambar Oleh : Azali
Lokasi di ambil : Di persekitaran kediaman Azali
Tempat : Daerah Keningau, Sabah


Share this:

Enter your email address to get update from Pesona Etuza.

1 ulasan

bunga di taman menghias laman sejuk mata memandang

Copyright © 2015. Klasik Alam Cinta Abadi - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger